SELAMAT DATANG KE BENUT PONTIAN JOHOR
PENGENALAN BENUT
Benut terletak di dalam daerah Pontian, Johor, Malaysia. Pekan Benut terletak diantara persimpangan menuju ke Batu Pahat dan Kluang. Pulau Pisang merupakan pulau yang terletak di Benut. Perkataan "benut" berasal dari sebatang pokok dipanggil "asam bunut". Nama asal tersebut ialah Bunut. Oleh kerana masyarakat Cina yang mendiami kawasan ini agak sukar menyebut "Bunut" tetapi menyebut "Benut" lama kelamaan ianya kekal menjadi Benut sehingga sekarang. Populasi masyarakat Benut di dominasi oleh pelbagai kaum. Majoriti kaumnya ialah Bugis, Jawa, Melayu Asli, Cina dan sedikit India. Kaum Bugis,Cina dan India memonopoli bidang perniagaan seperti kedai runcit dan pemasaran hasil kampung. Kaum Jawa pula lebih kepada penanaman kelapa sawit dan tanaman buahan. Manakala Melayu Asli lebih kepada berniaga hasil tangkapan laut. Benut mempunyai sebuah masjid yang besar dan indah. Ia terletak 500 meter dari simpang empat Benut menuju ke Batu Pahat. Nama kampung-kampung di Benut mempunyai mitosnya yang tersendiri seperti Sungai Pinggan, Sepah Beruang, Puteri Menangis,Parit Gantung, dan Sanglang Cerita mitos tersebut amat popular dikalangan masyarakat tempatan. Di percayai ada seorang Puteri Bunian yang menjaga pinggan mangkuk untuk kenduri kahwin masyarakat Bunian. Terdapat juga masyarakat kampung yang meminjam pinggan tersebut tetapi tidak dipulangkan semula disebabkan ada yang dirosakkan oleh beruang yang banyak ketika itu (Kg. Sepah Beruang). Keadaan itu menyebabkan Puteri yang menjaga pinggan (Kg. Sungai Pinggan) kecewa lalu menanggis sepanjang masa (Kg. Puteri Menanggis). Akhirnya Puteri tersebut menggantung dirinya (Kg. Parit Gantung). Kematian Puteri ini disebarkan oleh burung-burung helang (Sang Helang/Sanglang) kepada semua penduduk. Semua penduduk meratapi kematian Puteri Bunian sehingga mengalirkan air mata yang banyak (Ayer Baloi).
PETA LOKASI BENUT

Benut terletak dalam daerah Pontian dan diantara Bandar Batu Pahat (kira-kira 40km), Bandar Pontian (kira-kira 27km), Bandar Simpang Renggam (kira-kira 24km) dan lebih kurang 70km dari Bandaraya Johor Bahru.
SIGNBOARD BENUT DARI PLAZA TOL LEBUHRAYA PLUS

Benut juga dihubungkan dengan rangkaian Lebuhraya PLUS yang terletak kira-kira 12km dari Simpang Benut.
SIGNBOARD BENUT

-
TANGKI BENUT

ketibaan di benut biasanya ditandai melalui tangki benut kerana ia terletak berhampiran dengan persimpangan utama Benut
PERSIMPANGAN BENUT UTAMA

persimpangan benut utama ini menghubungkan antara Pontian, Batu Pahat dan Simpang Renggam
KEMUDAHAN MASJID

Benut rata-ratanya terdiri daripada masyarakat beragama Islam. Masjid benut ini terletak berhampiran dengan Persimpangan Benut.
KEMUDAHAN PERNIAGAAN (ZONE 1)

kemudahan perniagaan( zone 1) dikenali oleh masyarakan tempatan sebagai Pekan Tanjung. Di sini ia menempatkan pasar lambak, pasar ikan dan sebagainya.
KEMUDAHAN PERNIAGAAN (ZONE 2)

Kemudahan perniagaan(zone 2) ini teletak berhampiran dengan Dewan Serbaguna Benut, Taman Benut Jaya dan Taman Mahkota Benut.
KEMUDAHAN PERNIAGAAN (ZONE 3)

Kemudahan Perniagaan (zone 3) terletak berhampiran dengan SMK Benut, Taman Murni, Taman Harta dan Gaddeh na Burhani
KEMUDAHAN PERNIAGAAN (ZONE 4 & ZONE 5)

Kemudahan Perniagaan (Zone 4 dan 5) ini masih lagi dalam pembinaan. Kemudahan ini berdekatan dengan Persimpangan Benut Utama dan Pusat Perniagaan "bundelek".
KEMUDAHAN DEWAN SERBAGUNA

Kemudahan dewan ini amat diperlukan dalam mengadakan aktiviti-aktiviti rasmi
KEMUDAHAN RUMAH UMNO

Rumah Umno ini terletak di zon perniagaan 1 atau pekan tanjung.
KEMUDAHAN PENDIDIKAN (MRSM)
KEMUDAHAN PENDIDIKAN (SMK BENUT)
KEMUDAHAN PENDIDIKAN (SMK SRI TANJUNG BENUT)

SMK Sri Tanjung dahulunya dikhaskan kepada pelajar tingkatan 6 sahaja, tetapi sekarang menempatkan pelajar tingkatan 1 hingga 6 bagi menapung pelajar dari SMK Benut yang terlalu ramai. Sekolah ini berhampiran dengan SMK Benut tetapi terletak di Jalan Simpang Renggam-Benut
KEMUDAHAN PENDIDIKAN (SK BENUT)

SK Benut terletak bersebelahan dengan SMK Benut. Ia juga dilengkapi dengan asrama bagi memenuhi keperluan pelajar yang ingin mempelajari kehidupan berdikari lebih awal.
KEMUDAHAN PENDIDIKAN (SMK SRI SINARAN)
KEMUDAHAN PENGINAPAN (D'ATTAP COUNTRY RESORT)
KEMUDAHAN JALUR LEBAR TANPA WAYAR (WIRELESS HOTSPOT)

Benut turut dilengkapi wireless untuk kemudahan semua penduduk tempatan yang tinggal di kawasan Benut. Tetapi ia masih lagi dalam percubaan di mana ia hanya di pasang di Benut Zon 1 (meliputi Stesen Bas Benut, Kemudahan Perniagaan Zone 1 dan sekitarnya) , Zon 2 (Pejabat Pos Benut, Dewan Serbaguna Benut, Dataran Haji Jallok, Taman Benut Jaya, Taman Mahkota, Kemudahan Perniagaan Zone 2 dan sekitarnya) dan Zon 3 (SMK Benut, Taman Harmoni, Taman Harta, Taman Murni, Kemudahan Perniagaan Zone 3 dan sekitarnya).